Wednesday, February 24, 2010

Makna Lukisan Kanak-Kanak





Nama Murid  : Nurzahirah binti Nasir 
Umur              : 7 Tahun
Tajuk             : Rumah Saya


 

Nama Murid : Nurul Ain binti Mustapa
Umur            : 7 Tahun
Tajuk            : Rumah Saya



 

Nama Murid : Lim Ke Ying
Umur            : 9 Tahun
Tajuk           : Keluarga Saya



Nama Murid : Aily Natasha binti Abadi
Umur            : 9 Tahun
Tajuk           : Keluarga Saya


Lukisan kanak-kanak adalah sangat bermakna walaupun sekali pandang ada yang membuatkan kita tertawa. Lihat sahaja pada 4 lukisan kanak-kanak ini, semuanya mempunyai makna yang tersendiri. Contohnya pada lukisan keluarga saya, saiz manusia yang dilukis oleh kanak-kanak mempunyai perbezaan mengikut kepentingan. Ibu murid hasil daripada lukisan kanak-kanak ini menunjukkan ibunya mempunyai kepentingan yang lebih dalam hidup murid ini, dapat dilihat daripada saiz ibunya lebih besar daripada anggota keluarga lain. Selain itu, kita boleh lihat pada penggunaan warnanya, kanak-kanak suka menggunakan warna panas seperti merah, jingga, kuning, pada objek dan pakaian supaya dapat mewujudkan suasana keluarga dan rumahnya yang gembira, ceria dan bertenaga. Menarik kan lukisan kanak-kanak ini? Kita sebagai orang dewasa perlu menghargai karya yang mereka hasilkan dengan pujian kerana kanak-kanak melukis mengikut keikhlasan dan tulus hatinya. 





5 Perkara Rosakkan Akidah Muslimah

Menurut Dr. Aidh Al-Qarni dalam sebuah coretannya khusus buat muslimah bertajuk As'Ad Al-Mar'ah Fil Alam (Tips menjadi wanita paling bahagia di dunia) berkata,
"Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri"

Bagaimana kita boleh menghancurkan diri sendiri?

Segala-galanya menerusi hati..
  • Jangan sedih dan gelisah -usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.
  • Jangan sedih dan berasa derita - hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa, dan memohonlah pertolongan daripada-Nya.
  • Jangan lemah dan malas - aktifkan diri dengan ibadat, berzikir, mencari ilmu, berkerja dan beriadah.
  • Jangan banyak berhutang - nafsu jika dituruti kita tidak akan puas. akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.
  • Jangan kedekut dan pengecut - Rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredaan Allah juga bergantung pada keredaan mereka.
Baginda s.a.w mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada lima perkara di atas :

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang".

  

Tuesday, February 23, 2010

Yakin Adanya Hari Itu

Orang yang faham bahawa umur dunia singkat, harta dunia sedikit, perlakuan dan perubahan dunia kepada penghuninya silih berganti, maka ia tidak akan bersedih dan berputus asa tentang apa sahaja yang berhubung dengannya.

Usah bersedih walau apa sahaja yang luput darimu berupa keduniaan. Bukankah kita mempunyai 'rumah lain' yang lebih mulia, kekal, besar dan indah? Itulah rumah akhirat. Pujian Allah, kerana pastinya ada hari pertemuan dengan Yang Maha Esa.

"Peristiwa lalu adalah mimpi, hari ini adalah realiti dan hari esok adalah harapan indah"