Wednesday, February 24, 2010

5 Perkara Rosakkan Akidah Muslimah

Menurut Dr. Aidh Al-Qarni dalam sebuah coretannya khusus buat muslimah bertajuk As'Ad Al-Mar'ah Fil Alam (Tips menjadi wanita paling bahagia di dunia) berkata,
"Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri"

Bagaimana kita boleh menghancurkan diri sendiri?

Segala-galanya menerusi hati..
  • Jangan sedih dan gelisah -usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.
  • Jangan sedih dan berasa derita - hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa, dan memohonlah pertolongan daripada-Nya.
  • Jangan lemah dan malas - aktifkan diri dengan ibadat, berzikir, mencari ilmu, berkerja dan beriadah.
  • Jangan banyak berhutang - nafsu jika dituruti kita tidak akan puas. akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.
  • Jangan kedekut dan pengecut - Rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredaan Allah juga bergantung pada keredaan mereka.
Baginda s.a.w mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada lima perkara di atas :

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang".

  

No comments:

Post a Comment