Sunday, April 25, 2010

Kasih ibu membawa ke syurga, Kasih bapa membawa bahagia




Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa membawa bahagia. Itulah yang selalu kita dengar dan ungkap. Kita yang masih ada ibu dan bapa mungkin tidak pernah merasa kehilangan, namun bagi mereka yang kehilangan kedua-duanya pasti pilu dan hiba mengenangkan saat manis dan indah bersama mereka. Kita sebagai manusia kadangkala leka mengejar impian dan cita-cita sehingga terlupa jasa kedua orang tua. 

Saya terbaca suatu ruangan di majalah Nur keluaran bulan Mei 2010, penulis menceritakan pengalaman  seorang pendidik bernama Shakirah Ishak yang kehilangan kedua ibu bapa dalam tahun yang sama dalam jarak yang dekat. Berat sekali dugaan yang dihadapi oleh Shakirah. Pesanan Shakirah kepada kita semua yang membaca ceritanya, "Sayangilah ibu dan ayah anda selagi mereka masih ada. Baliklah selalu untuk menjenguk dan berjumpa mereka. Jangan sampai mereka sudah tiada baru keinginan itu timbul. Waktu itu semuanya sudah terlambat. hendak menyesal pun tiada gunanya." 

Jika berminat nak tau  kisah Shakirah Ishak, baca lah majalah Nur keluaran bulan Mei 2010 ini pada ruangan hikmah muka surat 93. Banyak manfaat yang kita perolehi dari perkongsian cerita oleh penulis Noraznina Ismail.



Bagaimana mengubati hati sendiri?



Kata orang luka di jari senang nak nampak. Luka di hati tiada siapa yang tau. Kalau di jari boleh dibaluti tapi di hati bagaimana diubati? Kadangkala luka di hati akan terasa sakitnya begitu lama. Kita yang perlu ubati hati sendiri. Redha atas apa yang berlaku. Selagi kita tidak redha maka jiwa kita sendiri juga akan merana.

Bagaimana mengatasi kesedihan? 

1. Fahami punca masalah
2. Fahami perasaan sendiri
3. Ikhlas dengan perasaan sendiri

    Apakah cara untuk mengatasi kesedihan?
    • Menumpukan perhatian kepada aktiviti lain yang lebih berfaedah.
    • Jangan manjakan perasaan. Jangan terlalu dibawa oleh perasaan. Perasaan kita kalau dilayan sangat memang semakin menjadi. Oleh itu janganlah dilayani perasaan kekecewaan sepanjang masa. Cuba keluar dari alam kekecewaan itu.
    • Meluahkan perasaan kepada orang yang kita percayai. Luahkan perasaan, jangan disimpan. Perasaan kecewa samalah seperti tekanan perasaan. Perasaan tertekan yang disimpan dalam diri akan membentuk toksin. Lain orang menggunakan cara yang tersendiri untuk meluahkan perasaan. Ada yang menghempuk meja. Ada yang menangis. Ada yang menjerit kuat-kuat. Ada yang mencoretkan rasa hatinya dalam diari kesayangannya. Walau apa pun yang dilakukan, perasaan tekanan itu akan sedikit berkurangan setelah diluahkan. 
    • Biar pemikiran beransur-ansur mengatasi perasaan. Cuba menenangkan perasaan sehingga perasaan yang diatasi oleh pemikiran. Apabila pemikiran (otak) mula mengatasi perasaan (hati) maka mudahlah untuk kita mula melihat jalan yang lebih lurus dan bertapak di bumi nyata.
    • Bertawakal kepada Allah setelah kita berusaha apa yang terdaya. Apabila kita yakin dengan tawakal kita itu, maka kita tidak akan kecewa lagi apabila mengalami kegagalan. Ini kerana kita yakin bahawa semuanya itu adalah ketentuan Allah dan ada hikmahnya.



    Khasiat Daun Tujuh Bilah

     

    Khasiat jarum tujuh bilah

    JARUM tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk ditanam di dalam pasu dan halaman rumah. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia adalah genus paling primitif dalam keluarga kaktus.

    Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim.
    Keadaan optimum untuk pertumbuhan mesti ada sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan.
    Ada 15-20 spesies pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah.

    Kegunaan:
    Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.
    Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum.
    Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.


    Kursus Kepimpinan Manik Kayu Peringkat 1


    Kursus kepimpinan manik kayu peringkat 1 
    Anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Batu Pahat
    23 - 25 April 2010
    Kem Pengakap Jubli Intan, Tanjung Laboh, Batu Pahat


    Aktiviti mendirikan khemah sekawan masing-masing


     
    Khemah sekawan biru


    Masa untuk makan..nyum3..


     
    Aktiviti memasak makanan rimba..belajar cara hidupkan api & sediakan roti pintal..


     
    Roti pintal dah siap..nak makan dah ni..posing dulu sebelum makan..hehe..

     
    Gambar bersama guru-guru dari sekolah-sekolah daerah Batu Pahat sebelum majlis penutup..


     
    Sesi bergambar bersama pesuruhjaya pengakap daerah Batu Pahat



    Sunday, April 11, 2010

    MONDAY Blues....Singkirkan!

    15 Tips Tangani Monday Blues


    1. Tidur lebih awal pada malam Ahad dan elakkan aktiviti luar pada malam itu. Sebaik-baiknya pilih hari Sabtu untuk keluar bersama keluarga.

    2. Lakukan persiapan untuk keesokan hari lebih awal (bukan pada waktu pagi Isnin ya!)

    3. Bertenang dan tarik nafas setiap kali bangun pagi. Jangan lupa berdoa selepas solat subuh agar diberi kekuatan dan semangat untuk menempuh kehidupan hari ini.

    4. Bersenam setiap pagi sememangnya diketahui akan manfaatnya untuk kesihatan tubuh. 

    5. Rancang perjalanan anda setiap hari. Keluar lebih awal untuk ke tempat kerja.

    6. Sebelum keluar rumah, usah lupa berniat di dalam hati. Mulakan dengan Bismillah...dan lebih utama niatkan dalam hati apa yang kita lakukan adalah kerana Allah.

    7. Jika timbul rasa malas, bosan dan tidak bersemangat, cepat-cepat sedarkan diri anda. Buka minda dan hati.

    8. Hayati keindahan alam mampu mengundang ketenangan. Hirup udara segar di pagi hari dan bersyukurlah masih dipanjangkan usia dan mengagumi ciptaan-Nya.

    9. Mulakan sarapan di pagi isnin dengan secawan kopi atau teh panas.

    10. Bayangkan perkara-perkara positif di tempat kerja pada malam ahad. Jangan bertangguh kerja dan jika berlaku kesilapan, jangan rasa takut kerana manusia belajar menerusi kesilapan.

    11. Kemaskan ruang kerja pada hari jumaat sebelum pulang dari kerja bagi memastikan mood dalam keadaan baik pada pagi isnin.

    12. Fikirkan idea-idea kreatif yang boleh aplikasi di tempat kerja esok hari. Jika sukses, jangan lupa ucap tahniah untuk diri sendiri ya.

    13. Dari segi penampilan diri, boleh ubah suai asalkan masih kelihatan sopan dan anggun.

    14. Amalkan gaya hidup sihat iaitu pemakanan dan diet yang betul, bersenam secara konsisten dan sentiasa berfikiran positif.

    15. Mulakan hari anda dengan senyuman kerana senyuman itu satu sedekah.