Sunday, April 25, 2010

Bagaimana mengubati hati sendiri?



Kata orang luka di jari senang nak nampak. Luka di hati tiada siapa yang tau. Kalau di jari boleh dibaluti tapi di hati bagaimana diubati? Kadangkala luka di hati akan terasa sakitnya begitu lama. Kita yang perlu ubati hati sendiri. Redha atas apa yang berlaku. Selagi kita tidak redha maka jiwa kita sendiri juga akan merana.

Bagaimana mengatasi kesedihan? 

1. Fahami punca masalah
2. Fahami perasaan sendiri
3. Ikhlas dengan perasaan sendiri

    Apakah cara untuk mengatasi kesedihan?
    • Menumpukan perhatian kepada aktiviti lain yang lebih berfaedah.
    • Jangan manjakan perasaan. Jangan terlalu dibawa oleh perasaan. Perasaan kita kalau dilayan sangat memang semakin menjadi. Oleh itu janganlah dilayani perasaan kekecewaan sepanjang masa. Cuba keluar dari alam kekecewaan itu.
    • Meluahkan perasaan kepada orang yang kita percayai. Luahkan perasaan, jangan disimpan. Perasaan kecewa samalah seperti tekanan perasaan. Perasaan tertekan yang disimpan dalam diri akan membentuk toksin. Lain orang menggunakan cara yang tersendiri untuk meluahkan perasaan. Ada yang menghempuk meja. Ada yang menangis. Ada yang menjerit kuat-kuat. Ada yang mencoretkan rasa hatinya dalam diari kesayangannya. Walau apa pun yang dilakukan, perasaan tekanan itu akan sedikit berkurangan setelah diluahkan. 
    • Biar pemikiran beransur-ansur mengatasi perasaan. Cuba menenangkan perasaan sehingga perasaan yang diatasi oleh pemikiran. Apabila pemikiran (otak) mula mengatasi perasaan (hati) maka mudahlah untuk kita mula melihat jalan yang lebih lurus dan bertapak di bumi nyata.
    • Bertawakal kepada Allah setelah kita berusaha apa yang terdaya. Apabila kita yakin dengan tawakal kita itu, maka kita tidak akan kecewa lagi apabila mengalami kegagalan. Ini kerana kita yakin bahawa semuanya itu adalah ketentuan Allah dan ada hikmahnya.



    No comments:

    Post a Comment