Wednesday, February 24, 2010

Makna Lukisan Kanak-Kanak





Nama Murid  : Nurzahirah binti Nasir 
Umur              : 7 Tahun
Tajuk             : Rumah Saya


 

Nama Murid : Nurul Ain binti Mustapa
Umur            : 7 Tahun
Tajuk            : Rumah Saya



 

Nama Murid : Lim Ke Ying
Umur            : 9 Tahun
Tajuk           : Keluarga Saya



Nama Murid : Aily Natasha binti Abadi
Umur            : 9 Tahun
Tajuk           : Keluarga Saya


Lukisan kanak-kanak adalah sangat bermakna walaupun sekali pandang ada yang membuatkan kita tertawa. Lihat sahaja pada 4 lukisan kanak-kanak ini, semuanya mempunyai makna yang tersendiri. Contohnya pada lukisan keluarga saya, saiz manusia yang dilukis oleh kanak-kanak mempunyai perbezaan mengikut kepentingan. Ibu murid hasil daripada lukisan kanak-kanak ini menunjukkan ibunya mempunyai kepentingan yang lebih dalam hidup murid ini, dapat dilihat daripada saiz ibunya lebih besar daripada anggota keluarga lain. Selain itu, kita boleh lihat pada penggunaan warnanya, kanak-kanak suka menggunakan warna panas seperti merah, jingga, kuning, pada objek dan pakaian supaya dapat mewujudkan suasana keluarga dan rumahnya yang gembira, ceria dan bertenaga. Menarik kan lukisan kanak-kanak ini? Kita sebagai orang dewasa perlu menghargai karya yang mereka hasilkan dengan pujian kerana kanak-kanak melukis mengikut keikhlasan dan tulus hatinya. 





5 Perkara Rosakkan Akidah Muslimah

Menurut Dr. Aidh Al-Qarni dalam sebuah coretannya khusus buat muslimah bertajuk As'Ad Al-Mar'ah Fil Alam (Tips menjadi wanita paling bahagia di dunia) berkata,
"Jangan biarkan hatimu dihancurkan oleh tanganmu sendiri"

Bagaimana kita boleh menghancurkan diri sendiri?

Segala-galanya menerusi hati..
  • Jangan sedih dan gelisah -usah selalu mengeluh dengan keadaan kerana ramai lagi yang lebih malang berbanding kita.
  • Jangan sedih dan berasa derita - hapuskan perasaan ini dengan beristighfar, berdoa, dan memohonlah pertolongan daripada-Nya.
  • Jangan lemah dan malas - aktifkan diri dengan ibadat, berzikir, mencari ilmu, berkerja dan beriadah.
  • Jangan banyak berhutang - nafsu jika dituruti kita tidak akan puas. akibatnya hidup tidak akan tenteram jika terlalu mengejar harta, pangkat dan duniawi.
  • Jangan kedekut dan pengecut - Rezeki yang Allah beri bukan milik peribadi kerana padanya ada hak orang miskin dan anak yatim. begitu juga dengan tanggungjawab terhadap ibu bapa kerana keredaan Allah juga bergantung pada keredaan mereka.
Baginda s.a.w mengajarkan doa untuk selamatkan diri daripada lima perkara di atas :

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada rasa resah gelisah, dari sedih dan derita, dari kelemahan dan kemalasan, dari sifat kedekut dan pengecut dan dari lilitan hutang dan tekanan orang".

  

Tuesday, February 23, 2010

Yakin Adanya Hari Itu

Orang yang faham bahawa umur dunia singkat, harta dunia sedikit, perlakuan dan perubahan dunia kepada penghuninya silih berganti, maka ia tidak akan bersedih dan berputus asa tentang apa sahaja yang berhubung dengannya.

Usah bersedih walau apa sahaja yang luput darimu berupa keduniaan. Bukankah kita mempunyai 'rumah lain' yang lebih mulia, kekal, besar dan indah? Itulah rumah akhirat. Pujian Allah, kerana pastinya ada hari pertemuan dengan Yang Maha Esa.

"Peristiwa lalu adalah mimpi, hari ini adalah realiti dan hari esok adalah harapan indah"

Sunday, January 17, 2010

Sejarah Hello Kitty

Hello Kitty pada asalnya dicipta oleh pereka Sanrio Ikuko Shimizu pada tahun 1974. Shimizu meninggalkan syarikat kira-kira setahun kemudian. Pereka yang kedua, Setsuko Yonekubo, mengambil alih selama lima tahun berikut sehingga 1980 apabila tugas ini diserahkan kepada Yuko Yamaguchi, yang masih menjawatnya. Watak pada asalnya muncul sebagai barang tarikan bagi gadis muda, seperti dompet wang.

Hello Kitty telah diberikan nama Inggeris kerana budaya British adalah popular dengan gadis-gadis Jepun pada waktu penciptaannya. Nama Kitty datang dari satu daripada kucing Alice dalam buku Melalui Cermin Muka oleh Lewis Carroll. Apabila teman lelaki Hello Kitty "Daniel Sayang" dicipta dalam 1999, pereka mengambil namanya daripada sebuah filem 1971, Filem Melody, yang dibintangi oleh Mark Lester sebagai satu watak dikenali sebagai Daniel, dan menonjolkan lagu-lagu Bee Gees.

Dunia fiksional Hello Kitty termasuk satu kelompok kumpulan kawan-kawan dan ahli keluarga. Malah, sejak 2004 ia mempunyai seekor binatang peliharaan kucingnya yang dipanggil Charmmy Kitty, dan seekor binatang peliharaan hamster dipanggil Sugar. Charmmy menyerupai Hello Kitty tetapi lebih bercirikan kuching. Charmmy Kitty diberikan kepada Hello Kitty oleh bapanya, George White, dan Sugar oleh teman lelakinya Dear Daniel.



 Butik Sanrio 


Mari Kita Lihat Hello Kitty Di Serata Dunia

 

 Reka Bentuk Rumah Hello Kitty di Taipei


 
Ruang Tamu Hiasan Dalaman Rumah Hello Kitty di Shanghai



Ruang Makan Hiasan Dalaman Hello Kitty



Syarikat Penerbangan Eva Air Hello Kitty di Taipei

 

Tempat Duduk Penumpang juga dihiasi dengan Hello Kitty


 
Set makanan di dalam kapal terbang Eva Air Hello Kitty di Taipei





Makanan dalam bentuk Hello Kitty pun ade..buatan yang halus




Motosikal Hello Kitty



Cincin Berlian Hello Kitty



Handphone Hello Kitty 




Mariah Carey merupakan salah satu peminat setia Hello Kitty


Saturday, January 16, 2010

Hello Family

Hello family...


Have a family lunch - Nando's Pavilion



Ezzed, Mak, Ayah, Kak Ain & Eyad



Me with Kak Ain n Eyad


 

 


Smile!



Majlis konvo student Help International College of Technology HICT..dr kiri Pak Bik, Prof & Ayah



Jangan lupe pakai Tali Pinggang Keledar ye!



My bro..Ezzed..tauke barangan aksesori kereta..nak runding harga call tauke ni..hehe


 

 

 

I am Sera..saya la owner blog ini..hehe..



Hello AutoShow


Hello Daihatsu Boon

 
Daihatsu Boon & ....??




Hello Daihatsu Boon & Friends..




Hello Daihatsu Boon Owner???

 Layari Hello Autoshow :

 

Barangan Aksesori Kereta

Di sini, kami menjual pelbagai barangan aksesori dan body part kereta..termasuk la barangan aksesori kereta hello kitty..sekiranya anda di sana berminat..layari laman kami : 




hubungi :
Ezzed - 0123674767
Sera - 0127177957