Friday, January 21, 2011

Oh baby..so cute!

alalala..comelnyer..hihihi

Remember 2010

Tahun 2010 memberi 1001 kenangan pahit & manis dalam diriku...


 :'-)
 :'-) 

semoga roh arwah ibu dicucuri rahmat..al-fathihah...

Saturday, August 14, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Selamat Menyambut Ramadhan..semoga mendapat keberkatan dalam bulan yang mulia..

Friday, May 7, 2010

Selamat Ulang Tahun Ayah

Wah..cepatnya masa berlalu..tengok kalendar dah Mei 2010..sempena bulan Mei ni banyak hari2 penting yang diraikan..hari pekerja, hari ibu, hari guru & hari ulang tahun..semalam baru saje meraikan ulang tahun ayahanda tersayang kali ke 61..selamat ulang tahun juga untuk abah & adik yg meraikan pada bulan mei ni..semoga di kurniakan kesihatan yang baik, panjang umur, dimurahkan rezeki dan berbahagia dunia & akhirat..ameen..selamat ulang tahun ye! :-)


Kek untuk ayah..hadiah istimewa dari pemberi yang penuh dengan kasih sayang..terima kasih.. :-)


 
Ayah & Mak..romantiknya.. :-)

Sunday, April 25, 2010

Kasih ibu membawa ke syurga, Kasih bapa membawa bahagia




Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa membawa bahagia. Itulah yang selalu kita dengar dan ungkap. Kita yang masih ada ibu dan bapa mungkin tidak pernah merasa kehilangan, namun bagi mereka yang kehilangan kedua-duanya pasti pilu dan hiba mengenangkan saat manis dan indah bersama mereka. Kita sebagai manusia kadangkala leka mengejar impian dan cita-cita sehingga terlupa jasa kedua orang tua. 

Saya terbaca suatu ruangan di majalah Nur keluaran bulan Mei 2010, penulis menceritakan pengalaman  seorang pendidik bernama Shakirah Ishak yang kehilangan kedua ibu bapa dalam tahun yang sama dalam jarak yang dekat. Berat sekali dugaan yang dihadapi oleh Shakirah. Pesanan Shakirah kepada kita semua yang membaca ceritanya, "Sayangilah ibu dan ayah anda selagi mereka masih ada. Baliklah selalu untuk menjenguk dan berjumpa mereka. Jangan sampai mereka sudah tiada baru keinginan itu timbul. Waktu itu semuanya sudah terlambat. hendak menyesal pun tiada gunanya." 

Jika berminat nak tau  kisah Shakirah Ishak, baca lah majalah Nur keluaran bulan Mei 2010 ini pada ruangan hikmah muka surat 93. Banyak manfaat yang kita perolehi dari perkongsian cerita oleh penulis Noraznina Ismail.



Bagaimana mengubati hati sendiri?



Kata orang luka di jari senang nak nampak. Luka di hati tiada siapa yang tau. Kalau di jari boleh dibaluti tapi di hati bagaimana diubati? Kadangkala luka di hati akan terasa sakitnya begitu lama. Kita yang perlu ubati hati sendiri. Redha atas apa yang berlaku. Selagi kita tidak redha maka jiwa kita sendiri juga akan merana.

Bagaimana mengatasi kesedihan? 

1. Fahami punca masalah
2. Fahami perasaan sendiri
3. Ikhlas dengan perasaan sendiri

    Apakah cara untuk mengatasi kesedihan?
    • Menumpukan perhatian kepada aktiviti lain yang lebih berfaedah.
    • Jangan manjakan perasaan. Jangan terlalu dibawa oleh perasaan. Perasaan kita kalau dilayan sangat memang semakin menjadi. Oleh itu janganlah dilayani perasaan kekecewaan sepanjang masa. Cuba keluar dari alam kekecewaan itu.
    • Meluahkan perasaan kepada orang yang kita percayai. Luahkan perasaan, jangan disimpan. Perasaan kecewa samalah seperti tekanan perasaan. Perasaan tertekan yang disimpan dalam diri akan membentuk toksin. Lain orang menggunakan cara yang tersendiri untuk meluahkan perasaan. Ada yang menghempuk meja. Ada yang menangis. Ada yang menjerit kuat-kuat. Ada yang mencoretkan rasa hatinya dalam diari kesayangannya. Walau apa pun yang dilakukan, perasaan tekanan itu akan sedikit berkurangan setelah diluahkan. 
    • Biar pemikiran beransur-ansur mengatasi perasaan. Cuba menenangkan perasaan sehingga perasaan yang diatasi oleh pemikiran. Apabila pemikiran (otak) mula mengatasi perasaan (hati) maka mudahlah untuk kita mula melihat jalan yang lebih lurus dan bertapak di bumi nyata.
    • Bertawakal kepada Allah setelah kita berusaha apa yang terdaya. Apabila kita yakin dengan tawakal kita itu, maka kita tidak akan kecewa lagi apabila mengalami kegagalan. Ini kerana kita yakin bahawa semuanya itu adalah ketentuan Allah dan ada hikmahnya.



    Khasiat Daun Tujuh Bilah

     

    Khasiat jarum tujuh bilah

    JARUM tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk ditanam di dalam pasu dan halaman rumah. Tumbuhan dari keluarga kaktus ini mungkin satu-satunya kaktus yang mempunyai daun yang sebenar. Ia adalah genus paling primitif dalam keluarga kaktus.

    Pokok ini dipercayai berasal dari Korea Selatan tapi boleh didapati dengan mudah di Malaysia, Thailand dan Indonesia. Malah ia adalah tumbuhan yang agak lasak dan boleh beradaptasi dengan hampir semua iklim.
    Keadaan optimum untuk pertumbuhan mesti ada sinar matahari yang terang dan iklim tropika Ia adalah tumbuhan yang mudah membiak. Memiliki ciri yang hampir menyerupai pokok parisan.
    Ada 15-20 spesies pereskia terutamanya dari Afrika Selatan, Amerika Tengah dan India Barat. Sepanjang batangnya terdapat tujuh batang duri yang meruncing tajam kerana itu juga ia dipanggil jarum tujuh bilah.

    Kegunaan:
    Jarum Tujuh Bilah dikatakan boleh membantu dalam rawatan penyakit kanser terutamanya kanser kolon (usus besar), kanser hidung dan juga kanser lain.
    Ada tiga cara menggunakannya, pertama dengan memasukkan lebih kurang dua helai daunnya ke dalam air panas dan dijadikan teh dan airnya diminum, kedua daunnya dimakan sebagai ulam satu hingga tiga helai setiap hari dan ketiga dengan cara mengisar daunnya hingga lumat , campurkan air dan jusnya diminum.
    Anda dilarang dari meminum sebarang jenis minuman selepas mengambil herba ini kerana ia dikatakan dapat menghapuskan segala khasiat dalam badan kita.